Salam. Setelah sekian lama tertangguh… alhamdulillah dapat juga kami menyediakan blog bagi pusat sewa buku Pick-A-Book yang telahpun beroperasi sejak 15 November 2008 yang lepas. Izinkan saya bercerita serba sedikit tentang kedai sewa buku ini yang satu-satu seumpamanya di bandar Kubang Kerian, Kota Bharu.

Di pusat sewa buku ini, kami menyediakan pelbagai jenis buku (kebanyakannya dalam Bahasa Melayu) yang sesuai dibaca oleh kanak-kanak hinggalah dewasa. Untuk kanak-kanak, kebanyakkan buku yang disediakan adalah berbentuk ‘early reader’. Bagi awal remaja dan remaja pula, terdapat banyak pilihan seperti novel awal remaja yang berada di pasaran dan juga buku fiksyen dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu… koleksi komik juga ada…

Dan yang paling mendapat sambutan semestinya novel-novel dewasa. Selain daripada novel terbitan lama, kami juga menyediakan novel-novel terbaru yang terhangat di pasaran….:) InsyaAllah dalam masa akan datang… kami akan menambah koleksi buku-buku motivasi dan keagamaan pula.. Buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen versi Bahasa Inggeris juga ada….

Buat masa sekarang, kami cuma menyediakan perkhidmatan sewaan dari premis sahaja, mungkin di masa akan datang kami akan menyediakan khidmat sewaan online pula….;)

Daftarlah sebagai ahli dan nikmati kadar sewa dari RM1 – Rm4 bagi tempoh 2 minggu… berbaloi bukan ? Di sini, kami mengalu-alukan kedatangan anda di premis kami yang beralamat 2731B Wisma Haminah, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kota Bharu.
Di blog ini, kami akan paparkan sinopsis dan juga ulasan-ulasan novel pilihan dari masa ke semasa, so rajin-rajinla singgah…. tq.

Advertisement