Kalau anda memang suka membaca… ataupun baru nak berjinak-jinak dengan hobi bermanfaat ni, kami syorkan anda daftar sebagai ahli dengan membuka akaun keahlian Pick-A-Book (PAB).

Cara nak daftar, senang je…. kami tak kenakan sebarang yuran atau apa-apa caj, anda cuma perlu tinggalkan deposit (akan dipulangkan jika anda ingin menutup akaun) dan keahlian adalah seumur hidup. – Langkah 1

Dah siap isi borang…. dan tinggalkan deposit, anda akan dapat satu kad keahlian PAB yang membenarkan anda menyewa mana-mana buku dengan kadar sewa dari RM1 – RM 4 bagi tempoh 2 minggu! Tapi ingat, sebelum bawa balik buku… bayar dulu sewa bagi setiap buku…:) – Langkah 2

Dah habis baca… pulangkan buku kami… dan sewa buku lain pulak…. ada lebih daripada 2000 tajuk… dan akan bertambah dari masa ke semasa…. – Langkah 3

Buku terhangat bulan Mei’09

Sewa - RM 3

Sewa - RM 3

Kalau nak tahu, kedai kami beralamat di Lot 2731-B Wisma Haminah, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, KB. Premis kami betul-betul mengadap pintu belakang istana negeri. Kalau siapa2 yang pernah lalu jalan dari KB ke Bachok, mesti perasan ada 2 blok bangunan rumah kedai yang betul2 mengadap pintu belakang istana tu. Kalau tak biasa… kami tunjukkan jalannya…. kalau dari bandar KB, sampai aje simpang empat Kubang Kerian yang ada ‘traffic light’ tu, terus aje sampai jumpa pintu pagar (belakang) istana negeri. Kat deretan kedai tu ada 7eleven, As-Syabab, Fanasha Decoration… Pick-A-Book bersebelahan dengan Mamak Curry House…

Salam. Setelah sekian lama tertangguh… alhamdulillah dapat juga kami menyediakan blog bagi pusat sewa buku Pick-A-Book yang telahpun beroperasi sejak 15 November 2008 yang lepas. Izinkan saya bercerita serba sedikit tentang kedai sewa buku ini yang satu-satu seumpamanya di bandar Kubang Kerian, Kota Bharu.

Di pusat sewa buku ini, kami menyediakan pelbagai jenis buku (kebanyakannya dalam Bahasa Melayu) yang sesuai dibaca oleh kanak-kanak hinggalah dewasa. Untuk kanak-kanak, kebanyakkan buku yang disediakan adalah berbentuk ‘early reader’. Bagi awal remaja dan remaja pula, terdapat banyak pilihan seperti novel awal remaja yang berada di pasaran dan juga buku fiksyen dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu… koleksi komik juga ada…

Dan yang paling mendapat sambutan semestinya novel-novel dewasa. Selain daripada novel terbitan lama, kami juga menyediakan novel-novel terbaru yang terhangat di pasaran….:) InsyaAllah dalam masa akan datang… kami akan menambah koleksi buku-buku motivasi dan keagamaan pula.. Buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen versi Bahasa Inggeris juga ada….

Buat masa sekarang, kami cuma menyediakan perkhidmatan sewaan dari premis sahaja, mungkin di masa akan datang kami akan menyediakan khidmat sewaan online pula….;)

Daftarlah sebagai ahli dan nikmati kadar sewa dari RM1 – Rm4 bagi tempoh 2 minggu… berbaloi bukan ? Di sini, kami mengalu-alukan kedatangan anda di premis kami yang beralamat 2731B Wisma Haminah, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kota Bharu.
Di blog ini, kami akan paparkan sinopsis dan juga ulasan-ulasan novel pilihan dari masa ke semasa, so rajin-rajinla singgah…. tq.